Friday, February 13, 2015

Aliexpress.com

Ya, satu persoalan timbul. Ok ka AliExpress. Mari kita mulakan dgn sedikit latar belakang.

Aliexpress ini anak syarikat AliBaba.com, tapi utk mass consumer / pembelian runcit. Mula2 saya pun agak risau dan takut menggunakannnya, tapi setelah melihat Mastercard pun mem-promosikannnya, saya rasa ok. Tambahan pula, sykt ini memberikan 'buyer protection' di mana kalau berlaku penipuan, tidak menerima product atau product tidak seperti diiklankan, kita dilindungi. Cuma mungkin kena bayar return shipping.

Setakat ini saya telah member 2 product, saya stoking kesihatan dan satu earphone bluetooth. Komentar saya
  • Product sampai seperti dijanjikan. Cuma bila product itu sampai di Malaysia, postal tracking selalu lambat di-updatekan akibat handover kpd Pos Malaysia. Tapi product tetap sampai. 
  • Product berfungsi 'as advertised'. Cuma mcm BT earphone saya beli, kurang 'kedap' / fitting kurang. Tapi utk 1/2 dari harga belian runcit di Malaysia ok la...
  • Lagi satu saya nak beli skrg ialah phone cover case. Let's see how this works out. 
  • Secara purata, lebih murah dr lowyat, PC Depot dll, shipping percuma, cuma kena tunggu kadang2 2 bulan kalau gunakan option penghantaran percuma, but why not, kalau nak guna sbg spare. 
  • Powerbank saya belum try beli, sbb kat Lazada pun agak murah

 Kesimpulannya kalau Lazada, Groupon atau kedai twrn harga agak sama, confirm saya beli dr sumber local (yg import dr China juga mostly kan). Tapi kalau byk beza harga, risiko kurang, dan saya sanggup tunggu, saya gunakan si AliExpress.com

Wednesday, June 23, 2010

Pilihan Pelaburan Emas di Malaysia


Penulisan kali ini adalah olahan dari penulisan asal saya Gold Investment Options in Malaysia.

Maaf kerana tidak sempat 'update' kan info, namun inilah usaha saya memberikan penerangan dwi-bahasa.

Jadi, apakah pilihan atau option untuk pelaburan emas di Malaysia dan bagaimana?

Sebelum ini, wadih bahawa pelaburan emas lebih biasa di golgongan elit, and terhad kepada yang memahami serta mempunyai akses kepada kemudahan ini. Maka beserta ini dan kurang promosi sebelum ini, memang it tidak se-glamer pelaburan dalam unit amanah. (untuk informasi mengenai melabur dlm unit amanah menggunakan akaun KWSP, sila klik di sini).

Unit amanah seperti Public Mutual, CIMB Funds macam Dana Dali sudah lama bertapak dah popular. Namun dewasa kini, unit amanah kurang menyerlah, malah mereka yang membeli pada waktu terdekat sebelum 'Global Financial Crisis' akibat masalah sub-prime barangkali masih belum dpt menjana sebarang pulangan positif, terutamanya dr dana-dana baru, saya mengalaminya bila membeli Public China Ittikal (PCIF). Beli pada harga bukaan RM0.25 tapi skrg berada di lingkungan RM0.20 dan ke bawah. Hanya usaha menggunakan Dollar Cost Averaging (DCA) yg menyedapkan hati, walaupun masih rugi..Ha ha.

Ade pihak yg mengatakan bahawa emas melindungi nilai (hedge) terhadap inflasi, Contohnya namun graph harga emas tidak nampaknya mengikuti kadar inflasi bulat-bulat pada hemat saya.

Apa-apapun, emas tetap emas, asalkan tulen, tetap logam berharga. Selalunya bila berlaku krisis kewangan, kebanyakan matawang dunia mengalami susutan nilai yang drastik, tapi adakah emas tetap me'maintain' kan nilainya?

Hasil dari kajian asal saya, terdapat tiga pilihan utama melabur dalam logam berharga ini. (kemungkinan skrg ada pilihan yg lebih).

Pilihan Pertama : Kijang Emas

Kijang emas merupakan 'bulion' emas keluaran Bank Negara Malaysia, dilancarkan pada 2001.

"Malaysia adalah negara ke-12 di dunia utk mengeluarkan bulion syilingnya yg tersendiri. Kijang emas kini berada separas dgn 'coin' bullion lain di dunia. "

Rekabentuk syiling emas ini menunjukkan si kijang yg berada di habitatnya di hutan di Malaysia. Sebelah belakangnya pula menunjukkan bunga raya, bunga rasmi negara Malaysia.

Berikut adalah penjelasan mengenai 3 jenis pilihan kijang emas :
SizeFace valueWeight (grams)Diameter (mm)Gold purity
1 troy ounceRM20031.10537.099.99%
1/2 troy ouncesRM10015.55028.099.99%
1/4 troy ouncesRM507.78022.099.99%


Secara asasnya kijang emas dijual dlm 3 timbangan, 1 Oz, 1/2 Oz dan 1/4 Oz. Emasnya, memang tulen. Saya tak pasti sangat tentang 'face value'. Juga , membelize 1 kepingan 1 Oz lebih murah dari 2x 1/2 Oz. Jadi kalau nak beli, harga yg lebih berpatutan pada saya ialah belilah yg 1 Oz.

Harga jualan kijang emas mengikut harga pasaran emas semasa, yg mana harga jualan dan belian akan ditunjukkan di website BNM (Bank Negara Malaysia). Ia ditempa di Royal Mint Malaysia dan diedarkan di cawangan terpilih Maybank dan CIMB.

Untuk membeli di Maybank, sila layar di sini. Untuk Maybank Pulau Pinang, ia hanya boleh di dapati di cawangan2 utama iaitu:
9, Lebuh Union,
10200 Penang,
P.O. Box 297,
10730 Penang

&

4277, Bagan Luar Road,
12000 Butterworth,
Pulau Pinang

Maka untuk memeriksa harga jualan semasa dan arah aliran harga, boleh klik ke link BNM ini.

AWAS
Seperti membuat pelaburan lain, periksa dan teliti sebarang pelaburan. Jangan terikut2 dengan kawan, atau janji pulangan lumayan. Berikut adalah sedikit nasihat dari BNM:

An easy way to identify and verify whether or not a company is licensed by the Bank, you can refer to the licensed institutions list on our website by following this URL http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=17&pg=54&ac=57 If the company is NOT LISTED on our list on the website, it simply means that the company is NOT LICENSED NOR APPROVED by the Bank to offer any financial services or products.

You may also cross check with Securities Commission's (SC) licensed/alert lists on their website :1.http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/licenseMain.html
2. http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html
3. http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/IApg_other.html

You may also refer to the Financial Fraud Alert site in our website that aims to enhance public awareness on the dangers of falling prey to illegal financial schemes by providing access to vital information on these schemes at http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=232 If you have any information pertaining to illegal deposit taking activities or illegal foreign currency dealings (forex) or a victim of such activities or scams you can send details of such information or complaint together with the documents to the Bank as follows:

Secara kesimpulannya,
Kelebihannya - Anda memiliki emas yg sebenar, untuk simpanan
- Ia adalah keluaran BNM, maka patutnya sandarannya kukuh.

Kekurangannya: - Hanya boleh di beli atau dijual di cawangan tertentu.
Perlu 'menyimpan' emas tersebut.

Emas ini juga boleh dijual dipasaran luar atau pun kedai emas, tapi harga beliannya ketara lebih rendah.

Ini mengikut konsep buku simpanan (savings account), tapi any 'membeli' emas. Anda tidak mendapat emas fizikal, tapi cuma buka simpanan yg menunjukkan amoun simpanan dalam gram.

Emas ini boleh ditukar ke emas fizikal tapi pada amoun tertentu sahaja.

Konsep ini agak mirip dengan pilihan-2. untuk lebih informasi hubungi 1-800-22-9999 (Public Bank) atau kunjungi cwgn berdekatan.

Kesimpulan
Melihat perubahan harga emas, memang terdapat perubahan harian yg agak ketara, dan harga beli tentunya lebih rendah dari harga jualan (ala unit trust). Secara peribadi, kalau ada duit lebih saya akan beli and simpan, dan jual bila ada kenaikan ketara. Situs http://jutawanemas.com/ agak menarik untuk bahan bacaan tambahan.

Moga Berjaya.





Friday, June 12, 2009

Pelaburan ASW melalui KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, KWSP atau juga dikenali sbg Employees' Provident Fund (EPF) menawarkan pilihan pelaburan ke sbhgn unit amanah yg diluluskan.

Pelaburan dpt dilakukan melalui Akaun 1. Kalau nak kira berapa yg boleh keluar, sila Klik di sini, Pengieraan Pengeluaran Pelaburan.

Memang sering kali kita mendengar org membuat pengeluaran EPF utk melabur di dlm Public Mutual, Public Ittikal, mahupun CIMB Funds tertentu. Yg menariknya, ramai ajen ataupun ramai pelanggan tidak mengambil berat faktor risiko yg terlibat. Kebiasaan kita mengadu, pulangan KWSP kurang memuaskan atau tidak kompetitif. Tapi ramai tidak menerima hakikat bhw EPF tidak boleh dibanding bersama Unit Amanah lain seperti Public Mutual. Kerana, EPF adalah Wang Simpanan Hari Tua, makanya nilainya dijamin. Dlm kata lain sekiranya ada 10 ribu RM dlm Akaun EPF, paling tak pun bila matang, ada minimum RM10,000. Walaupun memang EPF memberi dividen yg berpatutan.

Malah, jika dibandingkan dgr Central Provident Fund, CPF Singapura, rasanya EPF mengishytiharkan dividen yg lebih. Saya cuba pergi ke website CPF, http://mycpf.cpf.gov.sg/Members/home.htm, tapi rumit sikitlah nak cari.

Ok, jadi apa lagi pilihan pelaburan. Sebenarnya ada lagi satu pilihan, (bergantung sama-ada unit habis dilanggan atau tak). Pilihan ini ialah ASW & ASD (kalau tak silap ASD lah). Kedua-dua unit amanah ini dr PNB adalah pada harga RM1, dan tidak 'floating'. Dlm kata lain, risiko adalah minima, tapi pulang adalah sederhana. Pulangan dividen setakat ini agak memuaskan dan berlegar disekitar 6-8%.

Lagi satu, mungkin ada yg tau tentang pilihan ini, tapi kurang maklumat mengenai cara melakukan pelaburan. Yelah, ASNB nie takder Ajen, so takderlah org yg nak selalu follow-up ngan kita.

Sebenarnya ASNB nie ada pegawai pelaburannya yg sendiri. Anda boleh menghubungi mana-mana pejabat ASNB dan membuat pertanyaan. Dalam kes saya, pegawainya sanggup dtg berjumpa dgn saya, memberi penerangan dan mengambil pelaburan.

Untuk mereka yg tinggal di Pulau Pinang, boleh menghubungi

ASNB
No. 2777, Jalan Chain Ferry,
Taman Inderawasih,
13600 Perai
Pulau Pinang.
Tel : 04-3994381 / 3994375
Fax : 04-3994404

Ataupun cuba google ASNB dan pejabat berhampiran.

Selamat Melabur.


Tuesday, June 2, 2009

Accha - Panggilan Balik Murah ke India & Bangladesh

Agak mengejutkan sebenarnya. Sebab kebiasaanya, perkhidmatan Panggilan Kembali / Panggilan Balik (Call Back) adalah agak mahal berbanding perkhidmatan Kad Panggilan (Calling Card) terus dari telefon rumah. Jadi apbl diberitahu ada kad panggilan balik yang menawarkan lebih kurang 47minit untuk RM10 untuk panggilan ke India, saya memang terkejut. Silap-silap memanggil dari prepaid seperti Hotlink ke Celcom pun lebih mahal!

Kad Achaa ini menawarkan kadar panggilan yang hebat untuk panggilan ke banyak negara. Antara lain, untuk Kad Nilai RM10, panggilan ke India ~47 minit, Bangladesh ~39minit, Germany ~ 27 minit dan Sri Langka ~17 minit.

Untuk membeli atau menjual, sila call 017-5952524 atau isi borang dgn Klik di Sini.

Monday, May 25, 2009

Kamus Bahasa Malaysia ke Inggeris

Berikut adalah kamus Bahasa Melayu ke Inggeris
Malay to English Dictionary Links

1. Dari Dewan Bahasa Pustaka
http://prpm.dbp.gov.my/ , pastikan PRPM dipilih and isikan kata carian. Ada penerangan untuk Bahasa Melayu, Inggeris and lain lain.

2. Kalau pergi ke www.scribd.com , search malay dictionary pun ada kamus yg agak ringkas tapi mudah.

Moga berjaya.

Monday, April 6, 2009

Perkongsian Menjimat Pada Masa Kegawatan Ekonomi

1. Kalau ada telefon, pertimbangkan guna iTALK. Memang byk gaklah savingsnya, especially kalau call dr house phone ke hand-phone. Setup one time only.

2. Kalau guna motor insurans, pertimbangkan guna Takaful Malaysia, sbb ia menawarkan Mudharabah, di mana ia mengamalkan konsep profit sharing. So far saya dah 2 tahun guna STMB and returns of mudharabah (if no claims) last year pun dpt check, this year pun dapat ~RM100 plus alhamdulillah. Not sure how easy/ difficult to claim though. Cek perkongsian mudharabah, sekali dah update particulars, dia automatik hantar.

3. Kalau nak buat long term income, as a side, maybe consider blogging. Byk option lain, spt uploading photos and get paid, but saya sendiri tak biasa. Kalau blogging, memang boleh share experience. 

4, Especially bagi yg ada work ngan USA (kerja kat MNC) and nak call conference after office hours, taukah yg Skype boleh dial ke USA Toll Free for Free. 

5. Rebate tunai, maybe consider c/card yg offer rebate tunai spt Direct Access for all petrol transaction 2%.

6. Pelaburan alternatif - boleh consider pelaburan emas. Kijang emas adalah antara option. Skrg ada dinar emas tapi saya kurang familiar.

7. Yg nak bukak business, actually SSM ada kaunter bergerak di Kompleks Pasar Bayan Baru. Jadualnya ada dlm link di bawah :

8. Pelaburan simpanan dlm akaun 1 EPF. Antara option yg stabil (capital guranteed) ialah ASW & ASD. Hukum? Wallahu alam.

9. Perbankan internet - tau tak actually Bank Islam hanya charge RM0.50 untuk perbankan antara bank, tak seperti bank lain, charge RM2!

Semoga yg terbaik. Kalau ada tambahan / idea yg boleh dikongsi, tinggalkan komen di bawah.

Tuesday, March 17, 2009

Kata Kata Pujangga

Kata-Kata Pujangga di bawah sungguh menarik dan menyentuh hati. Sudah lama saya menyimpannya. Maaf sebab tidak tahu asal /source tulisan di bawah:


Kata pujangga

perempuan bagaikan angin

lembutnya melenakan

ributnya menggusarkan.

Adakalanya mereka seperti ibu

menyaji kasih, menghidang sayang

adakalanya mereka seperti anak

ingin dibelai, minta dimanjakan

adakalanya mereka seperti nenek

berleter seadanya, merungut semahuannya.

Namun,

teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini.

bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.

Psst....

Tiba-tiba isteri merajuk

pandai-pandailah memujuk

buka telinga, tajamkan pendengaran,amati suaranya

teliti dengan hati yang terseni

rasional atau emosi ?

andainya emosi, belailah emosi itu

jangan cuba dihadapkan secara rasional

kerana sidia tak akan terdaya

mengunyah hujah,berilah walau seribu sebab

lengkap dengan perangkaan statistik

atau dokumen saintifik

berserta dengan beberapa affidavit

dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu.

Dalam situasi ini

fikiran telah ditawan perasaan

sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa

jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman.

Masih gagal ?

cuba gunakan sentuhan

semarakkan belaian.

Masih gagal juga ?

Tunggu saja rajuknya reda

emosi isteri

bagai riak-riak air dalam cawan

jangan digoncang...... buat selamba

lambat laun, gelombang akan tenang

air dicawan akan kita minum jua.

Tapi awas.....

kalau ternyata, rajuknya berfakta

masamnya berdata, geramnya berilmiah

marahnya ada prima facie

ini rajuk taraf tinggi namanya

perlu ditangani berhati-hati

kalau ternyata benar,apa salahnya kita terima

mengaku lalu berjanji serta berikrar

" Sayang abang tak ulang lagi "

katakan " Sayang....abang alpa "

bisikkan " Darling.. I lupa.."

hulurkan tangan, pinta kemaafan

pendekatan kasanova, tapi hati suci

Rajuk isteri seperti mangga muda

perisanya masam

tetapi...

kalau kena cicahnya

enaknya akan terasa.

ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.

Arghh...

tiba-tiba isteri merungut

malah kadangkala agak mengugut

minta aksesori serta perabut

minta Villa yang tersergam indah

atau mahligai di lereng bukit

sedangkan kita bukan Shah Jehan

yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya

tetapi isteri pula, persis Nur Jehan

yang meminta petanda keagungan cintanya

Katanya " Seabadi permata....

segermelapan intan " ...

sedangkan ditangan kita

cuma cincin tembaga.

Aduh...

peritnya mengukur cinta

dalam ukuran mayam atau menimbang setia

menerusi Bursa Saham papan utama

kasih isteri, turun naik

mengikut kadar tukaran wang asing.

Tiada guna menyesali diri

diakan dulu pilihan kita ?

semasa mekarnya

dia dihargai, dipuja-puji

dia kini sudah menjadi ibu

pada anak-anak kita

sudah takdir...

permata yang dipilih

perlu digilap semula.

Namun

putus asa jangan sekali

terimalah dia, dengan redha.

justeru isteri

pada hakikatnya

adalah bayang-bayang suami

wanita adalah tulang rusuk yang bengkok

luruskan dengan berhati-hati bertegas tapi jangan

berkeras

lembut tapi jangan reput.

Katakan RM bukan segala-galanya

lalu pada saat yang kudus

setelah bersolat bersama

bisikkanlah " Duhai isteriku...

marilah kita bina perkahwinan ini

dengan cinta yang sejati

marilah kita kutip rezeki

dengan keringat tersuci

kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya

padamu isteri,istanamu, di hati ini

padamu sayang

kalung cintamu, di jiwa ini."

Puuuh...

Akan tiba masanya bila 'isteri' di hati tapi kurang di

mata

usia meningkat kecantikan tergugat

dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus

betis, tidak lagi bunting padi

pipi, bukan lagi pauh dilayang

apakah dengan itu akan berkurang cinta kita ?

jika berkurang, nyatalah cinta kita

selama ini cinta di mata bertapak di body

tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah

ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi.

itulah cinta sejati.

Namun tidak salah

di samping menyanjung budi,

kita merampingkan 'body'

kalau ada kesempatan

ajaklah dia bersenam, amalkan puasa sunat

tapi ingat niat kerana Tuhan

bukan kerana ingin kuruskan badan

tapi Tuhan Maha Penyayang

Dia pasti membantu isteri yang memburu keredhaan suami

tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan

kecergasan

sama-samalah merampinkan badan

yang terlebih dikurangkan

jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh

apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan.

Bukan masanya lagi merenung dara

tapi kini saat menghitung dosa

lalu ajaklah isteri sama-sama menambah bakti

moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia

di dunia ini dan di akhirat nanti

itulah yang dikatakan

hidup berdua, 'selepas' mati pun bersama.

Uhhh....

Kekadang isteri mengamuk

dengan ombak prasangka dan taufan cemburu

Apa bukti setiamu suami ?

Apakah tandanya hanya aku di hatimu ?

kekadang disergahnya kita

ketika keringat masih membasah

baru menjengah pintu rumah.

Ketika itu nilailah diri

mungkin kita berdosa dengan Tuhan

atau bersalah dengan insan

mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan

yang telah kita lakukan

Lalu datang teguran, amaran dan peringatan

secara 'indirect' dari Tuhan

hadapkanlah diri ke cermin hati

kaji diri satu persatu

kalau liar, berhentilah

kalau berdosa, bertaubatlah

Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu

nasihatkanlah baik-baik

bukan senang nak senang

ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua

suami yang bersabar dengan isteri yang jahat

akan mendapat pahala Nabi Ayub

atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab

ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri :

" Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak

membantu kita. Dia yang menyelamatkan kita daripada

amukan nafsu.

Dia yang membantu menjaga makan minum kita.

Dia yang mencuci kain baju kita

Dia yang membantu membersihkan rumah kita...

lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit

kerenahnya ? "

Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada

segenggam api.

Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah

perpisahan.

Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini

walaupun sudah berdekad-dekad usianya.

Institusi ini adalah kubu terakhir kita.

Marilah kita pertahankan bersama si dia.

si diaku, si diamu

cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber,

biar setia kita makin waja.

Biarlah skrin-skrin internet atau inranet memaparkan

yang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita.

Bicara ini diakhiri dengan satu coretan

yang mungkin boleh diguriskan pada kad hari lahir

isteri

atau kad ulang tahun perkahwinan

atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya...

Atau kau pahatkan saja di halaman hatimu

pada malam nanti :

Aku hanya seorang suami

yang menerima setulus hati

seorang isteri.

Janji yang termeterai

di akad nikah kita musim yang lalu.

Salam kuhulur

buat menyapa hatimu nan luhur.

Bersamalah kita harungi

derita yang datang.

Bersatulah kita tempuhi

nikmat yang bertandang.

Denai perkahwinan

pasti dihujani air mata.

Biar kita rasa: rupanya syurga itu

sangat tinggi maharnya.

Isteri...

tidak kutagih setia, sesetia Hawa.

Atau kerinduan menggila Laila

yang sangat dalam.

Terimalah kehadiranku

di sudut tersuci di dalam hatimu.....

seorang isteri.

Sekian.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Bazzar, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

"Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka. "

(Hadis riwayat Al Imam Bazzar)