Friday, January 30, 2009

Kadar Perbankan Antara Bank Terendah Di Malaysia

Perbankan internet makin subur di Malaysia. Bukan sahaja memberikan kemudahan kepada pengguna, malah sumber pendapatan kepada penyedia perkhidmatan perbankan.

Kebiasaannya kebanyakan bank mengenakan caj minima RM2 untuk setiap perbankan antara bank, contohnya bila memindahkan wang dari Maybank ke Public Bank.

Tapi syabas kpd Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) , kadar antara bank yg dikenakan cuma RM0.50. Ya, sungguh murah, 4x lebih murah dari bank lain.

Baru-baru ini AmBank ada melancarkan perbankan internet dgn kadar yg kompetitif, tapi agak mengelirukan. Cuba tgk sendiri. Link Kadar Perbankan AmBank

Perbankan internet menjimatkan masa dan wang jika dikira kos ulang alik ke bank. Namum wujud kes - kes link tipu dan sebagainya. Berhati-hatilah.

Baiklah, selamat menjalankan perbankan internet!

Pulau Pinang - Malaysia

Sebenarnya saya sudah lama menulis blog, tapi sekarang saya terfikir, kenapa semua blog saya dalam Bahasa Inggeris. Sudah tiba masanya saya menyumbang kepada blog / kandungan internet dalam Bahasa Kebangsaan saya, Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu.

Agak janggal bagi saya, dan mungkin kebanyakan 'blogger' / pem-blog rakyat Malaysia, untuk menulis blog dalam Bahasa. Namum ini merupakan usaha saya, kesedaran saya and mungkin suara hati saya.

Blog ini akan menjalar di persekitaran maklumat, informasi, tarikan di Pulau Pinang (PP) khasnya dan Malaysia umumnya. Juga kebanyakan kandungan blog ini akan merupakan alihan bahasa dari blog asal saya iaitu fyi-penang . Kenapa? Sebab saya rasa informasi yg dikongsi di blog itu adalah berguna, dan patut dikembangkan. Sambil itu, juga satu usaha dan analisis bagaimana ramaikah orang yg 'google' perkataan dalam bahasa Melayu. Juga mungkin mensasar 'niche' market.

Jika saya men-'surf' blog, blog bahasa Indonesia memang banyak, tapi Bahasa Melayu, entahlah.