Friday, January 30, 2009

Pulau Pinang - Malaysia

Sebenarnya saya sudah lama menulis blog, tapi sekarang saya terfikir, kenapa semua blog saya dalam Bahasa Inggeris. Sudah tiba masanya saya menyumbang kepada blog / kandungan internet dalam Bahasa Kebangsaan saya, Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu.

Agak janggal bagi saya, dan mungkin kebanyakan 'blogger' / pem-blog rakyat Malaysia, untuk menulis blog dalam Bahasa. Namum ini merupakan usaha saya, kesedaran saya and mungkin suara hati saya.

Blog ini akan menjalar di persekitaran maklumat, informasi, tarikan di Pulau Pinang (PP) khasnya dan Malaysia umumnya. Juga kebanyakan kandungan blog ini akan merupakan alihan bahasa dari blog asal saya iaitu fyi-penang . Kenapa? Sebab saya rasa informasi yg dikongsi di blog itu adalah berguna, dan patut dikembangkan. Sambil itu, juga satu usaha dan analisis bagaimana ramaikah orang yg 'google' perkataan dalam bahasa Melayu. Juga mungkin mensasar 'niche' market.

Jika saya men-'surf' blog, blog bahasa Indonesia memang banyak, tapi Bahasa Melayu, entahlah.

1 comment:

  1. Tahniah, betul.. bukan senang nak menulis blog dalam Bahasa Malaysia. Walaupun saya orang Melayu, lenggok bahasa secara baku untuk ditulis dirasakan agak janggal kerana saya sudah terbiasa menulis dalam bahasa percakapan seharian. Teruskan usaha anda.

    ReplyDelete