Tuesday, February 3, 2009

Kulat, Cendawan & Fungus Kayu Perabot

Entry ini membincangkan masalah kulat kayu, juga dikenali sbg cendawan, fungus, fungi yang menyerang kayu and bahan-bahan lain. Cara mengenalinya dan cadangan utk usaha membasminya.

(Tulisan asal diambil dr blog saya Wood & Furniture Mold)

Walaupun cuaca dan kelembapan di Malaysia menjadi hamparan yang bagus utk kulat, agak susah untuk mencari bahan-bahan di internet yang berkaitan.

Maka apabila kami menghadapi masalah ini, memang agak sukar dan mencabar. Cabaran pertama ialah mengenali dan memahami bahawa wujud kulat di perabot kita. Sepintas lalu, ia amatlah kelihatan seperti habuk atau debu, dan mudah dilapkan sahaja. Tetapi, selepas beberapa hari ia akan wujud kembali. Sgt degil. Maka besar kemungkinan ia adalah kulat!

Sekiranya anda tinggal di kawasan kelembapan tinggi, seperti di tepi sungai atau hutan, mungkin peratusan perabot anda diserang lebihlah tinggi! Baiklah,

1. Kenal pasti sama ada ia adalah kulat ataupun tidak. Antara tanda-tandanya ialah
i. Tompok-tompok, pada lokasi yg agak rawak.
ii. Bau seperti tanah.
Ingat - terdapat pelbagai spesis, maka warnanya tidak konsisten. Agak biasa jika pada kayu putih, kelihatan tompok hitam, dan pada kayu hitam kelihatan tompok putih atau pun hijau!.
Identify if it really is fungus/mold.


2. Anda perlukan:
a. Penggosok - yg warna hijau utk gosok pinggan pun ok, ie scrubs.
b. Kain perca untuk lap.
c. Sarung tangan - sarung getah ok. (untuk mengelakkan kegatalan akibat terkena 'habuk spora')
d. Topeng muka boleh buang (Disposable Surgical Mask or higher quality face mask (3M xxx))
e. Cuka- Saya gunakan SW White Distilled Vinegar. Menggunakan cuka putih boleh mengurangkan kesan pada perabot anda. Saya belum mencuba cuka tiruan, jika ada yg pernah cuba sila kongsi.

f. Peyembur - bottle penyembur, yg biasa digunakan utk sembur air bila sedang seterika atau di kedai gunting rambut. Matlamatnya mudah - menyembur cuka di permukaan dan kawasan yg
g. Baking Soda (Sodium Bicarbonate/ Natrium Bikarbonat / Soda Penaik)


3. Cadangan Langkah
a. Elakkkan pencemeran / rebakan. Tutup kipas, pisahkan perabot yg tidak diserang jauh dr tempat kulat untuk mengelak jangkitan kulat. Ini mudah berlaku kerana spora kulat mudah terbang dan hinggap di destinasi seterusnya. .
b. Dengan berhati-hati, bersihkan serbuk ( ala habuk ) fungus itu, letakkan di dlm beg plastic, tutup kedap and buangkannya. Cuba elakkan terkena kulit atau mata.

Sekiranya menggunakan hampagas (vacuum cleaner) digalakkan gunakan yg mempunya HEPA.
Hampagas yg tidak mempunya ciri HEPA (google HEPA jika ingin taulah secara mendalam), khuatir serbuk spora tidak ditapis dan di buang semula melalu eksos.

Jika menggunakan kain, buangkan kain itu apabila rasa sudah 'penuh'.

c. Skrg, cuba semburkan sedikit cuka ke atas perabot anda, tunggu beberapa minit, dan periksa jika warna perabot pudar. Sekiranya warna pudar, atas anda jika ingin teruskan atau tidak. Jika ingin teruskan, ratakan cuka itu dgn 'scrub pinggan' dan serta merta lapkan dan keringkan dgn kain perca. Ini utk meminimakan impak cuka ke atas perabut.

Jika warna tidak pudar, semburkan cuka ke atas perabut, secara rata dan cuba rangkupi seluruh kawasan perabot termasuk celah-celah. Biarkan cuka itu meresap ke dlm kayu untuk beberap minit, gosok dgn 'scrub' dan kemudian lap dan keringkan.

d.Apabila scrub dan kain perca telah penuh dgn serbuk kulat, bersihkannya.

e. Untuk buku-buku dan barangan seperti dompet kulit, cuba lapkan sedikit cuka dan keringkan. Tapi mungkin buku anda akan rosak. Alternatifnya jemurkan di bawah panas matahari.

f. Akhir sekali, sebelum meletakkan semula perabot anda, boleh juga cuba jemurkan di panas matahari, dan taburkan serbuk baking soda 'generously'. Baking soda adalah 'dehumifier' / penyah-kelembapan yg bagus. .


4. Langkah Tambahan
a. Sekiranya anda masih bersemangat dan ingin lebih ketenangan, ikuti langkah seterusnya, mengenakan varnish. Nota - ada situs yg mengatakan bhw varnish tidak mengelak, cuma 'cover' kulat itu. Setakat ini pada saya, varnish agak berkesan, paling tak utk 1/2 tahun.
b. Sekali sekala, taburkanlah soda baking.
DAN / ATAU
c. Dptkan Thirsty Hyppo dan letakkan di kwsn kelembapan tinggi.
d. Pasang air-cond / penghawa dingin. Se-eloknya yg mempunyai penyaring HEPA atau yg mengatakan boleh menapis dan mengelakkan kulat (mold) dan mempunyai fungsi tambahan nyah-kelembapan (de-humidifier) Bila dipasang, pastikan semua lubang yg di-drill dikatup.
e. Elakkan membuka tingkap yg menghadap kawasan kelembapan tinggi seperti kolam renang. Di sini, ada pendapat yg mengkatakan buka tingkap bila kelembapan di luar rendah, dan tutup bila kelembapan di luar tinggi, tapi saya tidak pasti bila keadaan ini berlaku dan bagaimana mengenal-pasti keadaan ini.

Bahan bacaan tambahan yg banyak telah membantu saya.


1. Good Housecleaning: Five Non-Toxic, Get-the-Dirt Out Basics
http://www.mothering.com/articles/growing_child/consumerism/good_housecleaning.html

2. Mold–It’s Serious Stuff
http://www.riverwestcurrents.org/2002/December/000315.html

3. Fighting Mold in Your House (Health Canada 28may01)
http://www.mindfully.org/Health/Mold-House-Fighting.htm

4. Fighting Mold — The Homeowners' Guide
http://www.cmhc-schl.gc.ca/en/co/maho/yohoyohe/momo/momo_005.cfm?renderforprint


Terima kasih kpd ramai yg membantu saya, dan terutamanya kepada rakan hidup saya yg sgt membantu, menyokong dan turut serta dlm usaha membanteras kulat. InsyaAllah moga-moga tidak berlaku lagi serangan kulat.

Baiklah, selamat mencuba dan moga berjaya.

Waspada - ada kulat yg berbahaya, bagaimana hendak tentukan yg mana berbahaya dan yg mana tidak? Ada pembaca yg boleh tlg komen?

4 comments:

  1. bgus info awk ni...sy pun mengalami pkra yg sama dn tercari2 lgkah untuk mencegah kulat ni.smpai bdn sy jd gatal2.tq 4 the info

    ReplyDelete
  2. bole cuba nie nk nk skrg musim tngkujuh..
    ..pkai tisu xle ke....

    ReplyDelete
  3. Faiza, tisu entahlah, tapi byk la kena pakai tisu kalau byk perabot.

    ReplyDelete